tapang banner

 

LAMAN UTAMA | MAKLUMAT AM | PENTADBIRAN | HEM | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PEPERIKSAAN | GALERI SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

 

Nama Sekolah

SMK Sungai Tapang

Tarikh Dirasmikan

5 Januari 1981

Tarikh Pindah Ke Tapak Baru

2 Januari 1982

Luas Kawasan

15.05 Ekar

Alamat

KM 13, Jalan Penrissen, 93250 Kuching

No. Telefon & Faks

Tel: 082-612851, Faks: 082-612844

SMK  Sungai Tapang telah melalui rentetan sejarah yang agak panjang, dan menyaksikan perubahan demi perbuhan seiring dengan perkembangan pendidikan sezaman.  Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1981 sebagai sekolah campuran Gred C, dengan 3 buah kelas peralihan dan 119 orang murid.  Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Daniel Law.  Beliau dibantu oleh dua orang guru dan seorang kerani.  Buat permulaannya, sekolah ini menumpang  di Sekolah Rendah Bantuan Sam Hap Hin yang terletak di Bt 7, Jalan Penrissen, Kuching sebelum berpindah ke KM 13, Jalan Penrissen, Kuching pada 2 Januari 1982.  Bilangan kelas telah bertambah menjadi 19 dan jumlah murid meningkat kepada 643 orang.  Bilangan guru pula seramai 29 orang.

Pada tahun 1986, sekolah ini dinaik taraf menjadi sekolah gred A.  Dengan itu, jentera pentadbiran sekolah telah dimantapkan lagi dengan barisan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua A 11, 3 orang Penolong Kanan dan Penyelia Petang A 19. Semakin ramai guru siswazah turut menjadi tenaga penajar sekolah ini.  Selaras dengan perkembangan tersebut,  dua blok bilik kelas bertingkat tiga telah siap dibina pada tahun 1989, untuk menampung keperluan murid yang terus bertambah.  Kini, sekolah ini jauh berkembang.  Bilangan guru adalah seramai 115 orang dan jumlah murid mencecah angka 1982 orang.

Tradisi dan budaya sekolah yang bermula dengan pengenalan cogan kata, bendera dan lencana sekolah pada tahun 1982 telah diperkaya dengan penetapan visi dan misi sekolah pada tahun 2003.  Dalam kesungguhan mengejar kecemerlangan secara seimbang dan harmonis, sekolah ini telah mengupayakan semua kakitangan dan menggerakkan PIBG untuk bergerak secara sinergi untuk membina budaya kerja cemerlang dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Sebagai sekolah yang berlatarbelakangkan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai budaya, sekolah ini menghadapi cabaran yang hebat untuk menterjemahkan agenda pendidikan negara kepada kemenjadian murid yang cemerlang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.   Malahan, perpustakaan sekolah yang telah musnah dijilat api pada 17 Jun 2005 merupakan dugaan yang amat mencabar.  Namun, dengan adanya semangat juang yang kental, ikatan semangat berpasukan yang kuat, dan usaha gigih yang tidak mengenal kecewa dan putus asa, SMK Sungai Tapang berjaya menampilkan kecemerlangan dalam bidang pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum, serta pembinaan sahsiah.  Daripada sebuah sekolah yang mempunyai imej yang agak negatif dari segi disiplin murid suatu masa dahulu,  sekolah ini telah berjaya membuat lompatan saujana, iaitu menjadi pilihan dan rebutan murid  dari sekolah lain, terutamanya bagai kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

SMK Sungai Tapang akan terus menjadi obor pengetahuan dan kebijaksanaan serta sumber inspirasi kepada murid dan masyarakat. Seperti sungai yang terus mengalir dengan tenang dalam suasana penuh keceriaan dan pokok tapang yang teguh berdiri meski dipukul ribut dan hujan, SMK Sungai Tapang bakal menjadi sekolah cemerlang yang menjulang aspirasi pendidikan negara.

Hak Cipta Terpelihara © - SMK Sungai Tapang, Kuching.

PENAFIAN: SMK Sungai Tapang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.